dah 3 hari.. since our last conversation..
aku ingat nak tulis puisi..
tapi puisi aku semua berirama cinta..
aku tak ingin dia tau aku terluka dan bersedih..
aku nak dia tau yang aku kuat.. even if i have to put plastic smile on my face..
our last conversation..
hmmm.. memang tak bagus..
aku orang yang sopan.. aku tak pernah guna ayat kasar..
tapi aku dah gunakan pada dia..
orang yang pernah aku sayang and its hurt me so much..
semua kerana aku nak ajar dia jadi manusia setia..
cukup selama sembilan ratus tiga puluh tujuh hari dia dustai aku..
kenapa bila aku ingin putus dulu..
dia tidak mau.. merayu untuk bersama..
merayu untuk satu kemaafan..
tetapi sebenarnya nya dia menduakan aku..
aku jadi hairan.. segini besarkah hati seorang lelaki..
boleh menyayangi 2 wanita sekali gus.. atau mungkin lebih..
wallahhualam..
dan janji
cuma sebuah lontaran dari bibir..
dan cuma aku yang berpegang pada janji.. bukan dia..
segala yang berlaku pasti ada hikmah..
dan aku sebagai hamba tuhan.. tidak akan menyalahkan takdir untuk rasa kasih yang tidak kesampaian..
menangis.. aku tak akan menangis..
kehidupan akan jadi hukuman buat dia kerana mendustai aku..
dia akan saksikan aku bangkit dari lemah ku..
aku akan hidup dengan bahagia..
aku ingin dia saksikan sendiri..
aku ingin dia merasa rugi kerana telah mendustai aku selama ini..
aku ingin dia tau yang perbuatan dia tak akan membawa dia kemana pun jika dia masih tidak ingin berubah..
dan aku ingin lihat sejauh mana dia hanyut dengan dunia dusta..
aku ingin dia menyesal atas keikhlasan ku yang dia sia sia kan..
until now.. aku ingin ucapkan terima kasih pada dia..
kerana dari luka yang dia hadiahkan..
membuat kan aku ingin menaikkan taraf dan kualiti hidup aku..
kerana rasa sakit itu membuat ego yang mati dulu kini terpacu..
dan kerana ego ini.. aku akan tetap berdiri..
dan akan cuba untuk tersenyum kembali..
No comments:
Post a Comment