Friday, July 23, 2010

nasi dagang...


baru aku tengok di tv2..
nasi dagang yang famous di terengganu..
aku jadi ingat.. aku dah 3 tahun tak makan nasi dagang..
bukan senang nak masak nasi dagang.. apa lagi gulai ikan tongkol dia yang sedap tuh..
kalau tak pandai masak memang tak sama rasa nya...
hmmmm... how i miss nasi dagang..
aku dah survey di jb.. belum jumpa lagi warung jual nasi dagang waktu sarapan..
teringat waktu dulu2..
ada warung nasi dagang di plentong..
tapi dah tutup..
dengar2 pemilik nya dah meninggal dunia..
dan tak ada yang mau meneruskan usaha dia..
nasi dagang dia lah yang menjadi punca aku sanggup bangun jam 7 pada hari ahad..
ahad aku bangun jam 9 atau 10..
dan demi nasi dagang mak yam.. aku sanggup korbankan waktu tidur aku..
kerana kalau lewat pergi.. nasi nya dah habis..
tiba2 aku rasa teringin.. tak kan lah aku harus ke terengganu cuma untuk makan nasi dagang..
atau aku harus cari resepi nya.. dan cuba masak sendiri..

ngomel....

headache..
i just wonder why...
kalau bilang kurang tidur.. tak mungkin lah..
kerana aku dah biasa kurang tidur sejak 10 tahun yang lalu..
dan dari info yang aku dapat.. manusia cuma perlu 6 jam tidur aja dalam 24 jam..
today.. tyre price is increase.. baru dapat harga baru..
and its sucks...
next.. pasti harga barang lain yang naik..
dah nak dekat hari raya..
dan aku rasa harga makanan akan naik melambung menjelang hari raya..
ternyata hidup dalam dunia bukan mudah..
jadi ingat dulu ustaz aku cakap..
dunia ni syurga untuk orang kafir..
dan aku akui.. ikut jalan salah memang susah..
tetapi kalau ikut jalan yang betul.. banyak dugaan nya..
bukan senang nak jadi baik.. dan bukan susah nak jadi jahat..
we take my job as an example..
dulu waktu aku masih di office..
banyak supplier yang baik dengan aku..
jika aku mau.. aku boleh makan free lunch untuk seminggu..
dan jika aku mau.. aku boleh jadi kaya juga..
mereka yang offer aku...kerana aku boleh order barang dari company mereka..
tetapi aku tak penah makan sesen pun duit mereka..
kerana aku sedar.. mereka baik dengan aku kerana jawatan..
cuba pikir jika aku bukan sesiapa.. adakah mereka akan baik dengan aku begini..
dan yang paling penting..
kerja adalah ibadah..
aku malu jika di persoalkan di akhirat nanti..
di padang mashyar.. trilion orang akan tau apa yang aku dah buat..
cukup lah aku dah buat banyak dosa dengan berbohong pada customer :p
a lot of phone call today..
dan supervisor aku tak masuk kerja..
dan yang paling aku bosan bila dapat call dari insurance company..
where the hell they get my phone number???
aku dah penat nak explaint yang aku dah ada 2 insurance..
dan mereka akan kata yang policy insurance mereka lebih bagus..
hello.. i buyed insurance since 11 year ago..
dan aku tau mana yang bagus buat diriku..
dulu..
aku tak pernah pikir pasal insurance..
hingga aku sakit dan hampir mati..
aku baru sedar insurance tu penting..
waktu tu aku baru pikir.. keluarga aku miskin..
dan aku bantu mereka dengan duit gaji ku..
someday if i died..
siapa yang akan bantu mereka.. adik2 ku masih kecil waktu tu..
dan jika aku mati.. keluarga aku akan hilang satu tempat untuk bersandar..
dan waktu tu.. aku tetap kan niat..
yang aku harus beli insurance.. bukan kerana nak jadi kaya atas kecelakaan yang berlaku pada diri sendiri..
tetapi untuk keluarga..
bila kita mati..
we take nothing..
tetapi.. biarlah orang yang hidup selesa sikit..
semalam.. teman2 ajak aku ikut vacation plan mereka...
dan aku bilang.. just count me in if you go to beach..
ternyataaaaa... memang nak pergi pantai..
oh..how i love beach...

Thursday, July 22, 2010

coretan di malam hari...

today i meet my long lost friend..
teman lama yang pernah sekepala
seiringan umur meningkat..pikiran kami makin tidak selari lagi..
mungkin untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekitar.. semua turut berubah.. aku (jadi ingat apa yang pernah aku kata pada ex aku.. times change.. place change.. human also change..)
dulu waktu kami masih mentah..kami tak pernah demand dalam kehidupan.. semua nya simple.. tetapi bila masuk alam pekerjaan.. kami berubah.. yang kekal cuma aku ( my interest toward gadget doesn't count in) mereka seperti meletak kan diri pada satu status..dan aku yang simple minded ini.. tak suka perubahan yang begini..
we lost contact.. dan bila dah tua begini.. aku mula merasakan.. aku juga salah.. kenapa aku tak boleh menerima perubahan mereka.. bertahan lah.. terima mereka seadanya..dan aku jadi pikir.. aku juga demanding.. aku jadi menyesal.. kerana aku ingat kata2 boss aku dulu.. dapat kenal seseorang tuh adalah jodoh.. cuba kita pikir.. berapa billion orang dalam dunia.. kenapa aku kenal dia.. kerana kami berjodoh..dan adalah salah jika aku tak menghargai setiap teman aku.. dan sekarang aku bertekad.. untuk cuba appreciate setiap orang yang ada di sekeliling aku.. life is short.. kita tak akan tau bila ajal akan menjemput kita.. dan tidak salah untuk senangkan hati orang lain.. sekiranya kita mampu untuk berbuat demikian..
today.. actually i feel mellow..hujan.. bawa banyak kenangan..
aku cuba untuk hidup bahagia.. melupakan segala kenangan yang tidak diingini..tetapi ada masa aku jadi ingat.. pagi tadi aku bangun.. dan teringat pada dia.. aku jadi marah.. kenapa masih ingat.. he has somebody else..and i have to build my life..and i know.. i will survive this...
tadi aku chat dengan teman.. dia bercinta jarak jauh.. dia kata pada aku yang dia tak nampak perempuan lain yang lebih cantik dari girlfriend dia..kerana pada dia girlfriend dia yang paling cantik dalam dunia.. aku jadi terharu sangat masa tu.. kerana aku pikir cinta sejati tuh dah hilang dari bumi ini...dan waktu itu.. dalam hati aku terus berdoa.. supaya tuhan ringan kan semua rintangan yang ada didepan mereka..hingga waktu tulis blog ini.. aku masih rasa terharu...
last chapter..
aku tak boleh ketik banyak2.. jari aku sakit kena cakar dengan kucing..
aku pikir aku nak tulis lebih banyak.. tetapi.. mode nak buat humor dah datang.. dan aku ada seorang teman chat yang baik.. dan aku nak buat humor dengan dia..:D

Friday, July 16, 2010

bila jari dah gatal..

hari ni.. iman buat surgery lagi.. untuk cantum lelangit dia..
aku kesian pada dia.. belum sampai 3 tahun tapi dah 2 kali buat surgery.. kesian pada dia. menanggung sakit.. dengan badan sekecil itu.. ternyata dia kuat..
cuma aku aja yang tak tahan lihat dia.. aku tak suka dia rasa sakit.. tapi apa daya aku kalau itu yang terbaik buat dia..aku doa pada tuhan supaya iman kurang merasa sakit.. atau biarlah sakit tu pindah ke aku.. aku rela..

sekarang aku rasa kerja aku dah ambil alih hidup aku.. even kat rumah aku masih pikir hal kerja..actually this is good.. focus..
aku rasa quality kerja aku juga meningkat.. rasa yang kosong terisi..tetapi cuma sebatas itu.. mungkin harus dekatkan lagi diri dengan tuhan..

dah berkali aku ditanya soal jodoh..
dan aku tak pernah ada jawapan yang khusus..
jodoh..
aku rasa sekiranya aku masih belum jumpa orang yang betul.. aku rela jadi single.. dan aku sampai sekarang masih belum pikir nak nikah.. aku jadi heran bila orang disekeliling aku risau pasal jodoh.. aku rasa selagi aku tak menyusahkan sesape.. its ok.. aku tak ingin menjadi perempuan yang paranoid.. takut pada gelaran single..
tetapi mentality orang melayu.. belum nikah beerti tak laku.. tapi aku dah tengok banyak perkahwinan yang putus sekerat jalan.. atau masalah yang bertimpa timpa..
bagi ku perkahwinan bukan macam kisah walt disney yang happily ever after tuh.. tetapi perkahwinan adalah komitmen terhadap masa depan.. u need to consider other people opinion.. life is not just you.. life is not just around you..
banyak teman atau saudara mara aku kata.. life is complete kalau dah ada keluarga sendiri.. tetapi bagi ku bahagia datang dalam banyak cara.. benarkah semua perkahwinan itu bahagia??? pijak lah pada realiti.. monetary problem, sibling problem, children problem... etc.. etc.. dan semua hal itu cuma disimpan sendiri dan mereka hanya mempamerkan hal yang indah2 aja..
bukan bermakna aku berfikiran negatif.. tetapi setiap keluarga pasti ada masalah.. dan tergantung kepada kebijaksanaan ketua keluarga untuk settle hal ini..

hari ini.. harga petrol naik 5 sen.. dan aku pasti harga barang yang lain akan ikut naik.. dulu kerajaan janji tak akan naik kan harga minyak.. tetapi sekarang macam mana... gaji pekarja bawahan bukan besar.. dan ini akan jadi beban buat rakyat.. sekarang pun dah susah.. nanti tambah susah.. bukan semua orang malaysia kaya.. hidup jadi makin terhimpit.. jadi ingat cerita ayah aku.. dia kata dulu tok dia cakap.. diakhir zaman nanti.. harga sebutir beras jadi 50 sen.. tak lama lagi la tu.. sesungguh nya aku insaf.. dunia dah tua.. dan kita semua akan jumpa di padang masyhar.. waktu itu.. siapa yang korup, siapa yang tindas rakyat, siapa yang rasuah, siapa yang berzina, siapa yang menderhaka pada ayah ibu... etc etc... tak akan dapat sembunyi dari dosa masing masing.. subhanallah..

sungguh aku merepek malam nie..

Tuesday, July 13, 2010

u fool me for 937 days.. and u will pay with your life

dah 3 hari.. since our last conversation..
aku ingat nak tulis puisi..
tapi puisi aku semua berirama cinta..
aku tak ingin dia tau aku terluka dan bersedih..
aku nak dia tau yang aku kuat.. even if i have to put plastic smile on my face..
our last conversation..
hmmm.. memang tak bagus..
aku orang yang sopan.. aku tak pernah guna ayat kasar..
tapi aku dah gunakan pada dia..
orang yang pernah aku sayang and its hurt me so much..
semua kerana aku nak ajar dia jadi manusia setia..
cukup selama sembilan ratus tiga puluh tujuh hari dia dustai aku..
kenapa bila aku ingin putus dulu..
dia tidak mau.. merayu untuk bersama..
merayu untuk satu kemaafan..
tetapi sebenarnya nya dia menduakan aku..
aku jadi hairan.. segini besarkah hati seorang lelaki..
boleh menyayangi 2 wanita sekali gus.. atau mungkin lebih..
wallahhualam..
dan janji
cuma sebuah lontaran dari bibir..
dan cuma aku yang berpegang pada janji.. bukan dia..
segala yang berlaku pasti ada hikmah..
dan aku sebagai hamba tuhan.. tidak akan menyalahkan takdir untuk rasa kasih yang tidak kesampaian..
menangis.. aku tak akan menangis..
kehidupan akan jadi hukuman buat dia kerana mendustai aku..
dia akan saksikan aku bangkit dari lemah ku..
aku akan hidup dengan bahagia..
aku ingin dia saksikan sendiri..
aku ingin dia merasa rugi kerana telah mendustai aku selama ini..
aku ingin dia tau yang perbuatan dia tak akan membawa dia kemana pun jika dia masih tidak ingin berubah..
dan aku ingin lihat sejauh mana dia hanyut dengan dunia dusta..
aku ingin dia menyesal atas keikhlasan ku yang dia sia sia kan..
until now.. aku ingin ucapkan terima kasih pada dia..
kerana dari luka yang dia hadiahkan..
membuat kan aku ingin menaikkan taraf dan kualiti hidup aku..
kerana rasa sakit itu membuat ego yang mati dulu kini terpacu..
dan kerana ego ini.. aku akan tetap berdiri..
dan akan cuba untuk tersenyum kembali..