Wednesday, March 14, 2012

Hari ini... [dalam sejarah]

Hujan yang turun seperti tangisan sejak semalam baru aja berhenti.. ada banyak hal yang terjadi hari ini.. dan hari ini juga adalah hari pengkebumian adik nadirah.. salah seorang gadis kecil yang di zalimi.. di bakar sehingga mati.. hanya kerana dendam antara orang2 dewasa.. dunia makin kejam.. manusia makin hilang perikemanusian.
Hari ini.. dalam hujan lebat aku tinggalkan rumah untuk ke office.. oleh kerana dah terlewat aku tahan satu taxi.. waktu bayar.. aku hulur duit 10 ringgit dan dia kata belum ada duit kecil.. aku buka dompet dan cari duit kecil buat dia.. lepas turun dari taxi. aku masuk ke office dan kerja seperti biasa.. si bos ajak ke bandar.. dalam kelam kabut aku baru sedar dompet aku dah hilang..
terima kasih buat bos.. sanggup bawa ke hulu dan hilir sampai ke balai polis..
actually untuk orang miskin macam aku tak perlu risau apa.. tapi credit card buat aku panik.. aku boleh block by phone.. tapi bos aku beria ia ajak aku ke citybank.. mekasih bos [sekali lagi]
bila dah jadi begini.. ada beberapa orang yang feel bad.. family aku rasa bersalah.. gara2 gagal hantar aku ke office hari ini sampai aku kena naik taxi.. dan best friend aku yang dah 12 tahun kenal.. dia juga menyesal kerana ambil cuti.. dia teman yang baik.. kalau hujan mesti call.. tanya aku ada transport atau tidak.. teman yang sentiasa ingat pada aku..  terima kasih bang :D
dan ada beberapa teman dunia maya yang caring sampai tanya adakah aku perlu bantuan.. aku masih ok.. walau pun sekarang cuma ada 10 ringgit. :D insyaallah.. akan ada rezeki buat aku nanti :D
Tapi jujur.. dalam hati aku tak salah sesiapa.. ini adalah kerana kelalaian aku sendiri.. dan ini harga yang aku kena bayar.
emak kata.. kalau duit hilang.. maksud aku kurang sedekah.. mungkin betul.. aku dah lama tak sedekah duit.. kali terakhir bulan Februari tempohari.. dulu waktu di company lama.. aku sedekah duit tiap minggu dan belum pernah aku jadi miskin kerana bersedekah.. terima kasih allah.. dah ingat kan aku :)
so sekarang.. aku sedang jadi manusia tanpa identity card.. :D apa rasa nya tak ada IC.. semoga isnin cepat sampai.. aku nak pi buat IC baru :D

Sunday, March 11, 2012

:D

its rainy outside..
dan aku yakin bahawa hujan lah yang selalu memberi inspirasi untuk menulis..
tempohari lepas post disini.. aku bongkar semula semua blog ku yang lain. ada yang di forum, Friendster (dah lupa password dan email) Word press, dan bertaburan dalam note di FB..

Esok Monday, hari yang paling membosan kan dalam satu minggu.. i try to love monday.. but i still in learning process. Monday adalah hari dimana meja akan di penuhi oleh segala kertas (hasil dari kes accident pada sabtu dan ahad) Apa yang aku suka tentang Isnin.. masuk office.. dan dapat kumpul semula dengan kawan2. Dan siap untuk mendangar cerita aka siaran tertunda tentang apa yang berlaku pada hari sebelum nya. I admit that i have a great colleague :D mereka yang suka memanjakan aku :D dan buat aku rasa aku lah mahkluk paling beruntung di seluruh cakerawala.. i have a lovely family and a lovely friend :D masalah memang wujud.. tapi tak akan merubah kasih sayang.
Today is my mother Birthday :D tapi tak ada special occasion since semua orang sibuk.. cuma aku dan emak yang stay dirumah dan enjoy masakan ku yang tak seberapa tu :p but we love you emak.. semoga Allah berikan yang terbaik buat emak dan di beri kesabaran untuk menghadapi kerenah kami adik beradik :D
actually i want to write more.. but my mind think about other thing right now.. i cant focus.. i had a weird dream last night.. :v





Monday, March 5, 2012

Setelah Hampir Setahun

Setelah setahun berhenti menulis blog.. ternyata banyak hal yang aku dah lupa.. ada missing link.. tapi masih tersimpan di dalam otak.. atau mungkin itu hanya untuk kosumsi diri sendiri..
aku sebagai tukang simpan rahsia terbaik didunia.. terpaksa turun tahta.. sekarang aku ada banyak teman baik yang sanggup sharing.. :D mendengar keluhan walau berkaitan hal hal remeh..

hari ini.. hujan sepanjang hari..
Actually aku tak suka hujan.. aku rasa gloomy.. tapi aku bersyukur.. hujan tu rezeki dari Allah :D
hujan bawa memori jauh ke zaman kanak2 dulu.. Dulu waktu aku di bangku sekolah.. aku tak suka bawa payung. Walau hujan lebat atau panas terik, aku sanggup redah. Pernah ada satu kejadian, satu hari selepas waktu sekolah.. hujan turun dengan lebat. aku dan beberapa kawan sanggup ke kedai yang dekat dengan sekolah kami dan beli plastic bag (simpan buku la) kami redah hujan.. dan satu kawan aku tang paling baik tapi nakal main atas jalan raya sampai jatuh terduduk. untung tak ada kereta yang lalu.. kalau tak... :p (memori itu indah)

dan malam ini.. aku rasa marah.. (aku anggap tulis blog ini satu cara untuk redakan amarah..sambil kumat kamit baca ayat Qursi)
Apa erti darah..
Darah itu adalah cecair yang mengalir dalam tubuh dan yang memastikan kita akan terus hidup.. tanpa darah kita akan mati..
dalam dunia ini.. ada beberapa jenis darah. A, O , B, AB, AB+ etc etc..
tapi berapa orang kah dalam dunia ini yang mempunyai darah yang sama (berserta DNA) dengan kita.. tak banyak.. cuma beberapa orang yang mempunyai pertalian kekeluargaan dengan kita.. orang yang lahir dari rahim ibu kita.. yang pernah berkongsi makan dan juga bantal...
Dunia akhir zaman memang gila.. Belum tentu yang se DNA dengan kita akan sehati dengan kita.Dalam satu keluarga.. menerima didikan agama yang sama. asuhan dari ibu yang sama.. kenapa tak boleh bertindak dengan kesedaran ini..
Aku belum pernah jadi ibu (kecuali ibu angkat kepada beberapa ekor kucing yang aku kutip di jalan) tapi aku merasa aku sangat bertangung jawap dalam membantu ibu ayah untuk mendidik adik adik.. dan aku merasa mereka seperti anak ku. walau usia kami bukan lah jauh sangat.
Aku tak pernah minta lebih.. persetan dengan duit dan tenaga yang aku buang selama ini.. aku cuma mau mereka jadi manusia.. tak pernah lebih dari itu.. kalau mereka mau gapai cita2.. aku akan berikan full support.. jadilah apa yang engkau mau kan.. dan aku akan bantu dengan segala daya.. Apa yang mengecewakan? apabila segala didikan yang diberi tidak digunapakai. malah lupa pada apa tujuan di beri peluang..
Aku tak pernah minta banyak.. aku cuma mau orang yang aku sayang jadi manusia.. tau nilai diri sendiri dan Jangan pernah rendah kan maruah demi cinta. :) << senyum sedih