Wednesday, March 14, 2012

Hari ini... [dalam sejarah]

Hujan yang turun seperti tangisan sejak semalam baru aja berhenti.. ada banyak hal yang terjadi hari ini.. dan hari ini juga adalah hari pengkebumian adik nadirah.. salah seorang gadis kecil yang di zalimi.. di bakar sehingga mati.. hanya kerana dendam antara orang2 dewasa.. dunia makin kejam.. manusia makin hilang perikemanusian.
Hari ini.. dalam hujan lebat aku tinggalkan rumah untuk ke office.. oleh kerana dah terlewat aku tahan satu taxi.. waktu bayar.. aku hulur duit 10 ringgit dan dia kata belum ada duit kecil.. aku buka dompet dan cari duit kecil buat dia.. lepas turun dari taxi. aku masuk ke office dan kerja seperti biasa.. si bos ajak ke bandar.. dalam kelam kabut aku baru sedar dompet aku dah hilang..
terima kasih buat bos.. sanggup bawa ke hulu dan hilir sampai ke balai polis..
actually untuk orang miskin macam aku tak perlu risau apa.. tapi credit card buat aku panik.. aku boleh block by phone.. tapi bos aku beria ia ajak aku ke citybank.. mekasih bos [sekali lagi]
bila dah jadi begini.. ada beberapa orang yang feel bad.. family aku rasa bersalah.. gara2 gagal hantar aku ke office hari ini sampai aku kena naik taxi.. dan best friend aku yang dah 12 tahun kenal.. dia juga menyesal kerana ambil cuti.. dia teman yang baik.. kalau hujan mesti call.. tanya aku ada transport atau tidak.. teman yang sentiasa ingat pada aku..  terima kasih bang :D
dan ada beberapa teman dunia maya yang caring sampai tanya adakah aku perlu bantuan.. aku masih ok.. walau pun sekarang cuma ada 10 ringgit. :D insyaallah.. akan ada rezeki buat aku nanti :D
Tapi jujur.. dalam hati aku tak salah sesiapa.. ini adalah kerana kelalaian aku sendiri.. dan ini harga yang aku kena bayar.
emak kata.. kalau duit hilang.. maksud aku kurang sedekah.. mungkin betul.. aku dah lama tak sedekah duit.. kali terakhir bulan Februari tempohari.. dulu waktu di company lama.. aku sedekah duit tiap minggu dan belum pernah aku jadi miskin kerana bersedekah.. terima kasih allah.. dah ingat kan aku :)
so sekarang.. aku sedang jadi manusia tanpa identity card.. :D apa rasa nya tak ada IC.. semoga isnin cepat sampai.. aku nak pi buat IC baru :D

No comments:

Post a Comment